Hai ustaz, Nana pun sokong kempen ‘kibar bendera putih’

Hai ustaz, Nana pun sokong kempen ‘kibar bendera putih’

PENYANYI Siti Nordiana menyokong inisiatif kempen bendera putih sebagai usaha murni memandangkan segelintir masyarakat berasa segan untuk meminta bantuan walaupun dalam kesusahan.

Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 37, turut menyifatkan tindakan itu adalah salah satu ikhtiar memandangkan ramai yang kini berdepan kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0 yang dilaksanakan negara.

“Memang ramai sekarang tertekan dan saya rasa kempen bendera putih merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan sebab kita tahu ada yang segan nak cakap mereka dalam keadaan susah.

“Jika mereka naikkan bendera putih, mungkin ada jiran-jiran yang perasan dan boleh bantu mereka… kadang-kadang kita tahu orang malu nak meminta-minta.

Siti Nordiana bersama kelab peminat turut menjalankan misi Skuad Prihatin Siti Nordiana.

“Kalau kita tahu mana-mana kawan kita yang dalam kesusahan, kita cuba bantu mereka. Saya pun ada Skuad Prihatin Siti Nordiana yang dijalankan bersama ahli kelab peminat yang mana kami akan tolong mereka yang terkesan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kempen kibar bendera putih merupakan satu usaha yang dijalankan oleh netizen bagi memberi sumbangan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan harian.

Jika mereka naikkan bendera putih, mungkin ada jiran-jiran yang perasan dan boleh bantu mereka.

Kini tampil dengan album zikir dan selawat, Hasbi Rabbi bersama Ustaz Sharizan Daud, Siti Nordiana berharap album itu sedikit sebanyak dapat mengalirkan pahala buatnya apabila mendendangkan lagu berbentuk kerohanian.

“Macam saya pula lebih terkesan dengan lagu-lagu berbentuk kerohanian seperti lagu Maher Zain dan Opick sampaikan saya boleh titiskan air mata bila dengar lagu mereka.

“Saya harap bila orang dengar alunan zikir dalam lagu ini Insyaallah boleh tenangkan hati mereka, semoga lagu-lagu ini dapat buka hati kita untuk ingat Allah sentiasa,” ujarnya lagi.

Album zikir dan selawat Hasbi Rabbi yang mengandungi lima buah lagu iaitu dua lagu baharu dan tiga lagu selawat lama yang telah diberi nafas baharu.

Sumber – MStar