Hairul Azreen tarik diri berlakon, netizen kata tanda kifarah buat Syamsul Yusof?
Baru-baru ini, pelakon hebat Hairul Azreen dilaporkan terpaksa berundur daripada meneruskan penggambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof disebabkan kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).
Namun begitu, ada pula segelintir netizen mengaitkan insiden dialami Hairul seolah-olah petanda ‘kifarah‘ atau balasan terhadap Syamsul yang berkahwin dua sehingga isterinya, Puteri Sarah Liyana mengambil keputusan untuk bercerai.
Meninjau laporan berita mengenai Hairul di Facebook Astro Awani, beberapa individu mengatakan ia adalah ‘peringatan’ Allah SWT untuk pengarah berusia 39 tahun itu selepas melalui pelbagai kejayaan dalam industri filem.
Musibah mula datang?
Moga sedar apa dia buat pada Puteri Sarah
Tanda Allah tarik nikmat?
Satu bentuk teguran la tu?
Walau bagaimanapun, terdapat juga individu memilih untuk bersikap positif dengan menganggap ia adalah dugaan diberikan Allah SWT selain berharap Syamsul dapat bermuhasabah diri atas apa yang berlaku.
Dugaan bagi dia
Kena renung balik!
Muhasabah diri.. moga dipermudahkan
Terdahulu, Hairul memohon maaf kepada semua pasukan produksi filem The OG atas keputusan dilakukan sekali gus memerlukan masa yang lama untuk pulih seperti biasa.
Terkesan dengan proses penghasilan filem berkenaan, Syamsul mengakui semua yang berlaku adalah perancangan Allah SWT selain turut mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu mendapatkan rehat secukupnya.