Hakim arah Hafidz Roshdi dirujuk ke Hospital Bahagia

Hakim arah Hafidz Roshdi dirujuk ke Hospital Bahagia

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Memetik Sinar Harian, perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.