Hakim terus dibuli, menteri undang-undang enggan bertindak

Hakim terus dibuli, menteri undang-undang enggan bertindak

Tular dimedia sosial satu poster yang menghina hakim mahkamah rayuan, YA Datuk Nor Bee Arifin selepas membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh masyarakat bukan muslim semalam.

Poster tersebut antara lain mengaitkan lantikan hakim tersebut daripada kerajaan PH sebelum ini. Ianya seolah-olah bagi mencipta fitnah jahat bahawa segala keputusan hakim ini sememangnya diatur bagi melemahkan Islam sebagai agama persekutuan.

Baru-baru ini tular tulisan terbaru Presiden Pas Datuk Seri Tg Hj Abdul Hadi Awang yang juga merupakan duta khas perdana menteri ke timur tengah berstatus menteri telah secara terbuka menghina hakim mahkamah persekutuan yang mengenepikan undang-undang syariah negeri Selangor dalam menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Malah, Hadi mengumpamakan hakim-hakim terlibat sebagai buaya peninggalan penjajah satu masa dahulu.

Namun masih tidak kedengaran suara menteri undang-undang dalam mengulas isu penghinaan terhadap instisusi mahkamah ini. Malah ramai yang mendakwa ianya disebabkan Hadi merupakan presiden partinya sendiri.