Hamil 36 minggu, Dr Halina masuk wad angkara demam denggi

Hamil 36 minggu, Dr Halina masuk wad angkara demam denggi

 

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya, Dr Halina terpaksa ditahan di wad hospital ekoran deman denggi.

Demam denggi

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa mereka sekeluarga terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital kerana isterinya mengalami gejala batuk yang berpanjangan dan demam panas.

Memandangkan usia kandungan Dr Halina sudah mencecah 36 minggu dan boleh bersalin pada bila-bila masa, Dr Sheikh Muszaphar berkata isterinya terpaksa ditahan di wad dan dipantau oleh doktor.

Dr Halina kurang sihat. Sejuk menggigil. Suhu 39. Batuk tidak berhenti sejak beberapa hari lalu. Dr Imelda suruh admit untuk iv antibiotik dan memantau keadaan bayi. Malam raya pula tu. Sekarang dah 36 minggu dan boleh bersalin bila-bila masa.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sebuah video di Instagram mengenai perkembangan terkini keadaan isterinya di hospital. Ujar Dr Sheikh Muszaphar, isterinya mengalami demam denggi buat kali yang kedua.

Ini kali kedua Dr Halina kena denggi. Tak tahu dari mana dia dapat. Darah man is kot. Ibu dan anak sedang dipantau. Demam masih ada. Semoga Dr Halina kuat dan segala urusan dipermudahkan.