Hampir 3 tahun tak bayar, rupanya ini punca rider Foodpanda tendang motor sampai pecah
Aksi tular penunggang P-Hailing merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli belah di Puchong dipercayai berpunca tidak puas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana bayaran tertunggak hampir tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian jam 3.10 petang pada 11 September lalu disebabkan pemilik motosikal tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal disebabkan mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.
Menurutnya, lelaki itu tendang motosikalnya sendiri sebelum diserah kepada ejen tarik kenderaan.
“Laporan tarik motorsikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield,” katanya dalam kenyataan hari ini.