Hannah Delisha ‘belanja’ pose mendada

Hannah Delisha ‘belanja’ pose mendada

 

Penampilan cantik pelakon, Hannah Delisha sememangnya kerap mencuri perhatian ramai memandangkan namanya kini sedang hangat diperkatakan berikutan drama Andai Itu Takdirnya sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen.

Posing baju sweatshirts

Namun begitu, perkongsian terbaru Hannah di Instagram bagi mempromosikan pakaian jenama keluarannya telah mendapat perhatian ramai apabila ada komen-komen nakal yang menegur posing pelakon wanita itu.

Pakai tudung tu tutup la dada

Dia yang menggayakan baju sweatshirt telah tampil kasual, namun posing mendada yang dilakukan mendapat kecaman  sesetengah netizen.

Ada juga yang menegurnya supaya melabuhkan lagi tudung kerana ada anggota tubuh yang masih terlihat menonjol sehingga mengundang komen negatif dari orang ramai.

Pakai tudung da cantik, tapi…

Terlalu mendabik dada

Comel je pakai macam tu

Walau bagaimanapun, masih ada yang memuji penampilan pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27 itu kerana masih wajar dipanggil pelajar sekolah memandangkan terlihat begitu comel.

Mereka juga begitu menyukai style Hannah dan juga lakonannya dalam drama Andai Itu Takdirnya yang bergandingan dengan Shukri Yahaya.

Macam budak habis sekolah

Cantik macam ni pun Syed Azril nak dengan perempuan gedik

Liya sekarang dah pandai fesyen2 ea