Hanya 5 pemimpin parti dibenarkan masuk ke Sarawak, syarat SPR undang makian netizen
Kerajaan akhirnya terpaksa memungkiri janjinya untuk melonggarkan SOP kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada 19 November lepas, berkata kelonggaran itu dilaksanakan berikutan faktor geografi di Sarawak yang luas, berbanding di Melaka yang padat dengan penduduk, sekali gus PRN Melaka memerlukan SOP yang ketat.
Dalam kenyataab lain, Khairy 26 November lepas, kerajaan memberi jaminan untuk mempertimbangkan kelonggaran SOP kempen pada PRN Sarawak terutama melibatkan kawasan pedalaman.
Kementerian Kesihatan katanya akan mempertimbangkan untuk memberikan kelonggaran kepada parti politik untuk kempen pilihan raya negeri (PRN) di kawasan pedalaman Sarawak, mengatakan perincian mengenai perkara itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 30 November.
Namun janji tinggal janji. Petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan hanya lima orang pemimpin tertinggi dari setiap parti politik yang bertanding dalam PRN Sarawak dibenarkan ke negeri itu atas tujuan kempen.
Perkara itu dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Sarawak yang dikeluarkan SPR hari ini, lapor portal akhbar Malaysiakini.
“Rentas negeri tidak dibenarkan untuk tujuan berkempan sepanjang tempoh pilihan raya kecuali lima orang pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.
“Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada JPBN Sarawak.
“Kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada SOP yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan enterSarawak,” kata SPR.
Bagi sebarang acara di premis yang berkaitan dengan PRN, SPR menetapkan jarak dua meter antara meja dan jarak sekurang-kurangnya satu meter antara hadirin.
Semua yang hadir di acara tersebut tidak dibenarkan bersentuhan atau bersalaman, selain perlu memakai pelitup muka sepanjang masa.
SPR juga menetapkan parti politik hanya boleh bermesyuarat tidak lebih empat kali seminggu, dengan setiapnya tidak boleh lebih dua jam.
“Mesyuarat parti dibenarkan hanya bagi individu yang lengkap menerima vaksin dan tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.”
SPR menakrifkan mesyuarat parti sebagai kegiatan mesyuarat dengan susun atur tempat untuk mengadakannya, bukan sesi taklimat, ceramah atau sebarang bentuk kempen fizikal.
“Sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Kehadiran dalam sidang media terhad bagi individu yang hadir semasa mesyuarat sahaja dan wartawan. Hanya mereka yang telah lengkap menerima vaksin dibenarkan hadir,” kata SPR lagi.
Meninjau ruangan komen pembaca terhadap pengumuman SOPPRN Sarawak oleh SPR itu, rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan syarat yang diadakan itu.
Malah, adalah tidak masuk akal menghadkan jumlah bilangan mereka yang akan berkempen memenangkan calon mereka sedangkan paraturan yang dibuat ketika ORN Melaka juga sewenang-wenangnya dilanggar tanpa rasa takut terutama oleh parti oemerintaj.
Juateru mereka mengharapkan SPR akan merombak sema SOP tersebut bagi memberikan keadilan buat semua parti yang bertanding tanpa meminggirkan faktor keselamatan masyarakat setempat.