Hanya ada pengalaman main bola sepak dalam ‘game’ FIFA, pemuda berjaya ikat kontrak dengan kelab Republik Czech

Hanya ada pengalaman main bola sepak dalam ‘game’ FIFA, pemuda berjaya ikat kontrak dengan kelab Republik Czech

 

Sebuah kelab bola sepak di Republik Czech membenarkan pemain berusia 22 tahun bermain mewakili kelab selepas bapanya dilaporkan membayar wang berjumlah 20,000 euro (bersamaan kira-kira RM99,000) kepada kelab tersebut.

Memetik laporan Sports Bible, FK Usti nad Labem merupakan kelab yang bermain dalam divisyen tiga di Republik Czech dan kini menghuni tangga keenam dalam liga dengan mengumpul sebanyak 10 mata selepas enam perlawanan pertama mereka.

Screenshot 2023 09 17 At 12.30.07 Pm

Kelab tersebut difahamkan telah melakukan sesuatu yang sangat luar biasa apabila menandatangani pemain baharu yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk bermain bola sepak, Martin Podhajsky.

Screenshot 2023 09 17 At 12.26.26 Pm

Podhajsky, pemain baharu kelab itu adalah seorang pelajar jurusan undang-undang dan dikatakan bekerja untuk syarikat Viagem, sebuah syarikat hartanah milik presiden Pemysl Kuban.

Pengalaman Martin dalam sukan bola sepak hanya terhad dalam permainan video FIFA semata. Namun beliau tetap didaftarkan sebagai pemain bola dalam Persatuan Bola Sepak negara itu

Perancangan kelab tersebut adalah untuk membiarkan beliau bermain selama sepuluh minit serta berlatih bersama pasukan sebelum membuat penampilan sulungnya.

Podhajsky dijangka akan menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares dan bermain selama sepuluh minit sebagai penyerang berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Screenshot 2023 09 17 At 12.27.37 Pm

Apa yang menarik, keputusan itu seakan direstui penyokong kelab dan ramai antara mereka yang menyokong keputusan tersebut.

Tinjauan dari iDNES.cz menunjukkan 63% penyokong kelab menyatakan tidak mempunyai masalah dengannya dan percaya ia adalah situasi menang-menang.