Hanya bermodal RM44 sehari, lelaki Malaysia kongsi cara berjimat di Singapura
Kos sara hidup yang tinggi di Singapura menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam setiap hari untuk pergi bekerja.
Namun disebabkan gaji yang tinggi apabila ditukar kepada mata wang Malaysia, maka ramai tidak kisah dan cuba berjimat sebaik mungkin.
Seorang pengguna TikTok, Jonathan Lim (@Jonlzx) memuat naik video percubaan bagi melihat berapa jumlah perbelanjaan untuk sehari di Singapura.
Menurut AsiaOne, Jonathan cuba melihat sama ada dia mampu hidup berbekalkan hanya SG$10 (RM34.34) sehari?
Pada permulaan video, pemuda tersebut dapat dilihat menyediakan sarapan pagi sendiri sebelum ke pejabat.
Kemudian ketika rehat pada waktu tengah hari, dia memilih untuk memesan nasi berlaukan brokoli dan hirisan ayam di gerai nasi ekonomi pada harga SG$3.60 (RM12.36).
Selepas pulang dari pejabat, Jonathan sempat singgah di kedai roti berhampiran dan membeli roti krim keju cranberry pada harga SG$1.50 (RM5.15).
Akhirnya dia menuju untuk bersenam dan apabila selesai dia memilih untuk ke pasar raya bagi mengisi perut.
Di situ, Jonathan membeli dua paha ayam pada harga SG$5 (RM17.17) dan menambah SG$3 (RM10.30) lagi untuk kos pengangkutan.
Pada akhirnya pemuda tersebut hanya membelanjakan sebanyak SG$13.10 (RM44.99), terlebih daripada anggaran permulaan namun masih dilihat sebagai kos yang menjimatkan.
@jonlzx Part 6: Is spending 10dollars enough for a day working in SINGAPORE? #sgvlog #worklife #minivlog #fypシ #simplelife
Rata-rata warganet memberikan kata semangat agar pemuda tersebut dapat mengharungi kesusahan yang dihadapi kini.
“Jangan risau semuanya akan baik-baik sahaja. Tetap bertahan, kami sangat bangga dengan anda.
“Keadaan ini hanya sementara. Saya pernah juga terfikir macam mana dulu saya berjaya melalui fasa kini saya rasa semuanya boleh jika kita berusaha,” antara komen warganet.