Hanya kerana sebungkus mi segera, adik tikam abangnya sampai mati

Hanya kerana sebungkus mi segera, adik tikam abangnya sampai mati

 

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis kerana menikam abangnya yang berusia 27 tahun sehingga mati. Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Sabtu, 8 April lalu adalah berpunca dari sebungkus mi segera.

Difahamkan, suspek pada awal pagi Sabtu telah pergi ke warung untuk membeli sebungkus mi segera untuk persediaan bersahur. Dia kemudian pulang ke rumah dan memasak mi tersebut.

Apabila mangsa mengetahui adiknya yang hanya membeli sebungkus mi segera, mangsa tiba-tiba marah lalu menampar dan mencekik pipi adiknya.

Ketua Polis Daerah Lalan (Indonesia), Hasurungan Hutajulu berkata, suspek yang tidak tahan dengan perbuatan abangnya, bertindak menikam perut mangsa menggunakan sebilah pisau dapur.

“Kerana ketika itu, suspek sedang memotong bawang dan sayur untuk dimasak bersama dengan mi. Pisau itu terus dihunus ke mangsa membuatkan dia mengelupur kesakitan,” katanya.

Panik dengan kejadian yang berlaku, suspek dan keluarganya segera membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, luka tikaman yang dialami oleh mangsa adalah sangat dalam dan lelaki itu disahkan meninggal dunia.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian datang menahan suspek yang dibawa ke balai untuk pemeriksaan lanjut.

Polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu dan mengesahkan punca kejadian disebabkan sebungkus mi segera.