Harap dapat lembutkan hati Diana, Farid tawar pendamaian berjumlah lebih RM300,000 termasuk kereta Toyota Vellfire

Harap dapat lembutkan hati Diana, Farid tawar pendamaian berjumlah lebih RM300,000 termasuk kereta Toyota Vellfire

 

Bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi, Farid Kamil dan Diana Danielle hadir bagi menjalani proses sulh (pendamaian).

Bercakap tentang aspek mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai kemelut rumah tangga mereka, terdahulu Diana pernah menjelaskan berdamai bukanlah bermaksud mahu bersatu semula dengan suaminya.

Farid gembira akan bertemu 2 anak setelah sekian lama tak bersua muka

Sementara itu sebelum masuk ke bilik sidang, pelakon ‘Lagenda Budak Setan ini’ mengukir senyuman di wajah akui gembira kerana bakal berjumpa dengan Aurora dan Muhammad hari ini.

Dalam masa sama, sebuah surat dengan butiran lengkap tentang tawaran yang mahu diberikan kepada Diana sebagai usaha memujuk turut didedahkan kepada umum.

@mstarmalaysia

Farid Kamil gembira bakal berjumpa dengan anak-anak hari ini SembangEntertainment mStar FaridKamil Dianadanielle

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Farid harap tawaran hadiah berjumlah RM319,700 itu dapat melembutkan hati Diana untuk berdamai

Dalam surat bertarikh 11 April itu, terdapat 4 benda yang diharapkan dapat menjadi asbab Diana dilembutkan hati.

Ia merangkumi tawaran hadiah sebuah kereta mewah (RM225,000), barang kemas (RM10,700), wang pendahuluan nafkah dari bulan Mac ke Jun (RM40,000) serta gantian duit umrah bernilai RM44,000.

@ohbulanofficial

Tawaran buat Diana Danielle. Moga dipermudahkan 🤲🏻 #ohbulan #sembangentertainment #tawaran #faridkamil #kepada #dianadanielle

♬ original sound – ressaherlambang – Ressaherlambang

Dari awal Diana teguh dengan keputusan untuk berpisah

Seakan nekad untuk berpisah, sebelum ini Diana yang terlebih dahulu memfailkan tuntutan di mahkamah syariah.

Meskipun bagai telur dihujung tanduk, Farid masih mengharap peluang kedua demi menyelamatkan rumah tangganya yang sudah dibina sejak 2012.