“Harap dia tak berhutang la dengan bakal isteri dia” – Bakal nikahi Shikin Maembong, ex wife dakwa Cat Farish tak bayar hutang RM10K?
Umum sedia maklum, penyanyi Cat Farish dan Shikin Maembong kini sedang hangat bercinta dan dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Julai ini.
Tapi, timbul pula cerita tak sedap apabila bekas isteri Cat Farish iaitu Suriani Hassan dikatakan memuat naik status di Instagram Story seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Memetik laporan Xtra, rakan Suriani dilihat berkongsi satu keratan artikel mengenai seorang wanita yang menagih duitnya di majlis persandingan si pemiutang.
Rakan Suriani bertanya adakah dia tak mahu melakukan hal yang sama. Suriani membalas dengan ketawa besar berdoa semoga Allah SWT buka hati individu itu.
Lol harap kahwin baru ni dia tak berhutang la dengan bakal isteri dia.
Dalam hantaran lain, Suriani berkata dia hanya mendiamkan diri mengenai hutang RM10,000 tersebut, tetapi malangnya pihak sana juga turut berdiam.
Kongsinya lagi, perbuatan menunda membayar hutang bagi orang yang mampu adalah perbuatan zalim.