Harga 30 cucuk sate RM107! Ramai cuba fikir kenapa mahal sangat, alasan paling masuk akal sebab guna harga tahun 2024

Harga 30 cucuk sate RM107! Ramai cuba fikir kenapa mahal sangat, alasan paling masuk akal sebab guna harga tahun 2024

 

Sate merupakan salah satu menu yang popular dalam kalangan rakyat di negara ini.

Namun, seorang individu berdepan detik malang apabila dia terpaksa membayar lebih RM107 ketika membeli 30 cucuk sate di Cheras, Selangor, baru-baru ini.

“Kakak saya beli sate, cuma nak tanya netizen la, murah ke mahal? Ke standard?

“Sate dia memang diakui sedap la. Kedai sate apa tak tahu tapi dekat Cheras” ciap @adiehussin94 pada Selasa.

Dia turut berkongsi foto sate berkenaan serta perincian harga pada resit bertarikh 12 Mac 2024.

Dalam resit tersebut, sate ayam dijual pada harga RM2.90 secucuk, manakala sate daging dijual pada harga RM3.90 secucuk.

file7521wymqwv4mqil866x

Sate merupakan menu yang popular dalam kalangan rakyat negara ini.

Kakaknya terpaksa membayar RM43.50 untuk 15 cucuk sate ayam dan RM58.50 untuk 15 cucuk sate daging.

Pada masa yang sama, pelanggan itu juga perlu membayar RM5 untuk dua nasi impit, timun dan bawang, menjadikan harga keseluruhan RM107.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan sate berkenaan dijual pada harga tidak masuk akal.

Pada masa yang sama, mereka turut berjenaka tentang kesilapan tarikh tahun 2024 yang tertera pada resit berkenaan.

“Baru perasan, dia guna harga yang tahun depan ke macam mana? Tengok tarikh.

“Sate dari masa depan ni, 2024 masa ni mungkin B40 dah bergaji RM5,000 sebulan.

“Dia guna ayam organik ke wagyu ni,” tulis beberapa netizen.