Harga biskut Shuhada buat netizen B40 terkejut, “Harga terlalu T20 untuk kami yang B40…”

Harga biskut Shuhada buat netizen B40 terkejut, “Harga terlalu T20 untuk kami yang B40…”

 

Sejak kebelakangan ini, nama Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi sering mendapat perhatian ramai gara-gara kemelut rumah tangga namun kini sudah bangkit atas kaki sendiri untuk teruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Malah, difahamkan juga Shuhada sedang membangunkan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup’ telah membuatkan ramai sebak dan mahu membantunya untuk mencari rezeki.

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi video Shuhada menjual biskutnya menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram sebelum ini.

@faesecret

Satu Tak Cukup Shelup Shelup By Shuhada Shukri🍪

♬ Dj El Perdon Mix Mashup – Tablesini

Netizen dakwa harga terlalu mahal

Dalam video tersebut, kelihatan Shuhada sedang mempromosikan biskut jualannya itu namun, meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 apabila mengetahui biskut tersebut berharga RM179.00 tidak termasuk kos penghantaran, RM15.00

Nak support tapi kami yang B40 tak mampu

Bukan itu sahaja, ada netizen hanya mampu mendoakan untuk Shuhada sebagai tanda sokongan memandangkan mereka tidak mampu untuk membeli biskut yang dijualnya.

Mungkin Shuhada boleh buat pack kecil untuk harga yang murah

Pun begitu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ada segelintir individu yang memberi cadangan serta pendapat kepada Shuhada supaya menjual biskutnya dalam set mini sebagai permulaan untuk membolehkan orang ramai membeli pada harga yang lebih murah.

Semoga dilimpahkan rezeki untuk Shuhada

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Shuhada sentiasa dipermudahkan dan rezekinya sentiasa dimurahkan selalu dalam mencari rezeki untuk keluarga.