Harga telur ayam di AS meningkat 4 kali ganda, Malaysia tak seteruk itu

Harga telur ayam di AS meningkat 4 kali ganda, Malaysia tak seteruk itu

 

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah harga dan bekalan telur di negara kita. Ini termasuklah dengan meletakkan kawalan bagi harga telur dan membawa masuk bekalan telur dari India.

Namun, sehingga kini usaha-usaha tersebut masih lagi belum memperlihatkan hasil yang benar-benar positif untuk rakyat.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, ZaYed Zulfikli ingin membawa orang ramai melihat isu telur ini secara lebih luas melalui hantarannya berikut.

Khabarnya, di Amerika Syarikat juga ada masalah telur. Benarkah isu telur dah sampai ke peringkat global dan bukan sahaja berlaku di Malaysia? Apa pula langkah kerajaan selepas ini?

Harap-harapnya isu telur ini dapat juga diselesaikan nanti.

Telur

Harga telur ayam di US naik 4 kali ganda dalam tempoh 5-6 bulan.

Contohnya di California, harga sedozen telur ayam telah mencecah USD7.3 berbanding USD2.35 tahun lepas.

Dulu, American hanya makan telur itik organik. Sekarang sebab harga telur premium naik, mereka sekarang makan telur biasa. Mereka banyak telur berbanding kadar ayam bertelur.

Gaya hidup yang menukar permakanan dari makan daging lembu/rusa kepada telur juga antara penyumbang kenaikan harga. Berbanding daging, telur adalah sumber protein yang murah.

Ditambah pula banyak ayam mati kerana bird flu.

Sekarang kerajaan sembang pakatan harapan mereka percaya dapat menyelesaikan harga telur harga ayam dengan pantas sebelum menjadi kerajaan. Sekarang, mereka cuba pegang telur syarikat pengeluar. Tapi belum berjaya menyelesaikan isu telur. Isu telur adalah isu global. Mungkin sebelum ini, otak letak kat telur, tak nampak punca.