“Hari ini aku pulang awal rasa badan tak sihat, entah bagaimana aku dgr ibu menangis lagi, bila aku buka pintu rumah, nak gugur jantung aku lihat aksi isteri ku sedang pukul ibu aku dgn penyangkut baju”

“Hari ini aku pulang awal rasa badan tak sihat, entah bagaimana aku dgr ibu menangis lagi, bila aku buka pintu rumah, nak gugur jantung aku lihat aksi isteri ku sedang pukul ibu aku dgn penyangkut baju”

 

Nama aku Azmir ayah aku telah lama meninggal dunia sewaktu aku berusia 12 tahun, maka Ibu lah yang menjaga serta menjadi ketua keluarga.

Seperti insan lain aku juga amat mengasihi Ibu aku sendiri namun segala nya berubah apabila aku berkahwin pada usia 24 tahun dengan seorang gadis yang ku kenali di tempat kerja.

Di awal perkahwinan tidak langsung timbul masalah, sehingga lah keadaan ibu ku yang sering jatuh sakit maka aku mengambil keputusan untuk mengambil Ibu di kampung dan tinggal bersama aku dan isteri.

Namun setelah Ibu tinggal bersama kami, Dia tidak seceria selalu, aku cuba bertanya namun dia hanya mendiam kan diri, paling tidak pun dia hanya memberi senyuman.

“Abang, emak tak nak makan jangan lah di paksa. Nanti emak tertekan pula”. Ujar isteri ku sewaktu aku sedang di hidang kan makan malam pada malam itu selesai dari pulang kerja.

Pelik juga Ibu tidak mahu makan bersama seperti biasa, namun aku hanya mengikuti kata isteri ku, ada benar nya Usah di paksa, mungkin Ibu tiada selera, jika di paksa akan beri tekanan pula pada nya, maka aku pun menikmati makan malam pada hari.

Namun ia berlanjutan agak lama, aku berfikir juga mengapa Ibu Begitu keadaanya, tetapi Ibu langsung tidak mahu meluah kan apa yang sedang dia Alami, apakah dia sedang merindui Aruwah Ayah?

Aku agak sibuk dengan kerja di pejabat kadang-kadang overtime dan kadang-kadang juga aku harus mengikuti Majikan ku bekerja di luar kawasan.

Maka aku hanya harap kan Isteri ku untuk menjaga Ibu, Suatu hari aku harus mengikut Majkan ku ke Pulau Pinang selama tiga hari dan sewaktu hari kedua aku di sana Isteri aku telah menghubungi aku.

“Abang, Emak kita dah hilang, puas saya cari ni tapi tak jumpa-jumpa”. Beritahu isteri aku sewaktu dia menghubungi aku.

“Macam mana boleh hilang? awak ada bergaduh dengan emak ke ?”. soal ku sementara di dalam hati aku berasa sangat tidak tenang ketika itu kerana aku jauh dari mereka.

“Abang, saya dan emak langsung tiada masalah, saya cucu baju di dapur bila pergi ke depan saya lihat Ibu dah tak ada lagi dalam rumah, puas saya cari”. Balas Isteri aku.

Maka aku terpaksa memberitahu kepada Majikan aku tentang apa yang sedang berlaku,nasib baik Majikan aku faham situasi aku sekarang.

Dan tanpa membuang masa aku pulang ke Ibu Kota dengan segera untuk mencari Ibu, namun apabila sampai dan berjam-jam mencari Ibu, aku kian buntu kerana Ibu tidak ku temui.

Aku terpaksa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dengan di temani Isteri aku,aku benar-benar risau kan Ibu.

Entah mengapa keesokkannya aku tergerak hati untuk pulang ke kampung, siapa tahu Ibu telah pulang ke kampung tetapi aku agak musykil jika Ibu pulang ke kampung tak kan lah Ibu tidak memberitahu Isteri aku, Aku tekad kan hati untuk pulang ke kampung tanpa di temani Isteri aku kerana dia ada hal lain kata nya.

Setiba nya aku di kampung halaman aku,rupa nya memang benar firasat hati aku, Ibu memang ada di kampung, persoalan demi persoalan bermain di fikiran bagaimana Ibu boleh pulang sendirian?. Maka aku segera mendapat kan Ibu yang ketika itu aku sudah ternampak Ibu berada di bawah rumah kami itu.

“Emak,kenapa emak pulang ke kampung sendirian tak mahu beritahu kami?” itu soalan aku yag pertama.

“Emak cuma rindu kan kampung ini nak, mak tak apa-apa mak ok”. Balas Ibu aku dengan Tenang.

Lega hati aku melihat keadaan Ibu ku baik-baik saja, aku cuba memujuk nya kembali untuk pulang ke rumah aku di Ibu Kota, namun Ibu menolak nya kerana dia mahu lebih lama sedikit di kampung.

Aku terus pulang ke Ibu Kota tanpa Ibu, sebelum pulang aku berpesan pada jiran terdekat aku, agar jika berlaku apa-apa pada Ibu aku segera lah menghubungi aku.

Dekat sebulan juga, suatu hari itu jiran aku di kampung menghubungi aku, kata nya Ibu tak sihat sekarang, maka tanpa berlengah lagi dan kebetulan hari itu aku cuti dan aku ajak Isteri ku bersama tetapi dia tidak dapat menemani aku, maka aku pun pulang ke kampung sendirian untuk mengambil Ibu.

Alhamdulillah beberapa hari kemudian Keadaan Ibu bertambah sihat, dan aku pula dapat lah pergi bekerja seperti biasa.

“Abang, saya rasa emak dah nyanyuk agak nya”. Entah bagai mana perkataan itu keluar dari mulut isteri ku di suatu malam sebelum kami tidur.

“Kenapa awak cakap macam itu?”. Soal aku yang agak pelik dengan kata-kata isteri aku.

“Tak ada lah, saya lihat emak macam tak berapa normal tau, kadang-kadang dia menangis tiba-tiba”. Terang isteri aku lagi, dan aku hanya mempercayai kata-kata Isteri aku kerana dia yang menjaga Ibu semasa ketiadaan aku di rumah.

Di jadi kan cerita, aku pulang kerja lebih awal dari biasa kerana waktu itu majikan aku mahu ke luar negara atas beberapa urusan penting, maka di beri kan nya aku kerja separuh hari.

Selesai menghantar majikan aku di lapangan terbang, aku pun segera pulang ke rumah, dari luar aku terdengar Ibu menangis.

“Kenapa Emak??” soal aku.

Tiba-tiba muncul Isteri aku pula.

“Macam yang saya beritahu lah abang, dah jangan tanya lagi nanti emak lebih tertekan. Mari sini saya bawa kan emak ke bilik nya, mungkin emak perlu kan berehat”. Ujar Isteri aku dengan penuh keyakinan, maka aku pun tidak syak apa apa.

Kuasa Allah S.W.T pada hari berikut nya pula aku pulang awal kerana berasa badan tidak sihat, entah bagaimana aku dengar Ibu menangis lagi, apabila aku segera membuka pintu rumah, hendak gugur antung aku melihat aksi isteri ku sedang memkul Ibu aku dengan penyangkut baju!

“Apa awak buat ni???”. Soal aku sambil menepis tangan Isteri aku yang mahu memkul Ibu aku.

“Abang tengok lah Emak abang memang dah tak betul lagi, habis karpet terkena kencing dia”. Marah isteri aku.

“Tapi awak tak patut buat begini! Emak saya emak awak juga! Tergamak awak pkul emak kan!”. Aku menengking Isteri aku kerana terlalu geram dengan sikap nya.

“Hantar je lah dia ke kampung biar dia duduk di sana saja, saya rimas!!”. Balas Isteri aku tanpa rasa bersalah.

“Ini Emak saya, saya tak akan tinggal kan dia di kampung!”. balas aku pula

“Baik kalau begitu biar saya yang keluar dari rumah ini!!” ugvt isteri aku sambil berlari ke bilik.

Aku sudah tidak peduli kan lagi apa yang isteri aku ingin lakukan, aku mengangkat Ibu ketika itu, dan aku sandar kan nya di sofa rumah kami.

Tidak lama kemdian Isteri Aku membawa beg-beg yang besar dan keluar dari rumah begitu saja.

Aku fokus kepada Ibu, aku tanya hal yang berlaku, untung Ibu mahu pula meluah kan segala nya ketika itu, kata Ibu aku,.

“Dia tak bagi emak makan sama-sama, dia dah pesan pada emak awal-awal, kalau emak makan juga bersama, dia akan pkul emak bila kau tiada di rumah”

Dia juga yang hantar emak pulang ke kampung, dia pesan jika emak menghubungi kau atau pulang ke sini kembali, dia akan pkul emak juga”

Maka faham lah aku mengapa lain benar sikap Ibu sebelum ini, rupa nya dia telah di ugvt oleh Isteri aku sendiri, yang mana dia satu satu nya insan yang ku harap kan untuk menjaga Ibu sementara aku keluar mencari rezeki.

Tergamak Isteri aku memperlaku kan Ibu aku sedemikian rupa,sungguh tak ku sangka dalam kelembutan Isteri aku, dalam diam dia menzalimi Ibu aku sendiri.

Sebulan berlalu, Isteri aku langsung tak menghubungi aku di sini malah langsung tak pulan-pulang sejak dia keluar dari rumah ini.

Suatu hari aku menerima satu panggilan yang amat mengejut kan, rupa nya Isteri aku sedang nazak di kampung nya.

Aku segera pulang ke kampung Isteri aku dengan membawa Ibu aku sekali.

Ternyata perkhabaran itu benar, ramai sanak saudara yang berkumpul di rumah itu dan ketika aku dan Ibu mahu melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba ayah mertua aku berkata sesuatu kepada aku.

“Ayah minta maaf bagi pihak dia, maaf kan lah dia seikhlas hati kamu. Sebelum dia jatuh sakit dengan teruk dia ada cerita kan segala nya tentang apa yang berlaku antara dia dan Ibu kamu” ujar ayah mertua aku

dan aku hanya mengangguk kan kata-kata nya.

Melihat kan keadaan Isteri aku yang sedang nazak, timbul rasa kasihan, begitu juga dengan Ibu aku.

“Nak, emak maaf kan kau seikhlas hati emak, tiada manusia yang sempurna, emak ampun kan segala nya” alangkah sebak nya di dalam hati aku mendengar bisikan suara Ibu yang lembut di telinga Isteri aku ketika itu.

Tidak lama kemudian Isteri aku menghembus kan nafas nya yang terakhir, aku redha atas segala kehendak Nya.

Jadikan kisah di atas sebagai pengajaran dan tauladan. Orang tua kita hormati dan sayangi. Moga bermanfaat dan dijadikan iktibar buat semua.