“Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak akan bawa diri ke luar negara, kejam perbuatan mereka ” – Datin Patimah

“Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak akan bawa diri ke luar negara, kejam perbuatan mereka ” – Datin Patimah

 

Ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi individu yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada menantunya itu.

Sejak rumah tangga Sarah dan suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof mula dilanda masalah, Patimah sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Terbaru, Patimah dilihat meluahkan rasa sedih apabila menantu dan cucunya itu bakal menyambut Hari Raya di luar negara.

Bawa diri

Menerusi Instagram Story Patimah, Puteri Sarah akan membawa anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah ke luar negara pada Hari Raya nanti. Berikutan daripada itu, hati Patimah ‘hancur’ apabila terpaksa melihat menantu dan cucu kesayangan harus membawa diri tatkala hari yang mulia nanti. Tambah Patimah, semua ini berlaku kerana perbuatan kejam ‘mereka’ yang didakwa telah meruntuhkan sesebuah rumah tangga.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam menetapkan 18 April ini untuk pengarah filem Munafik itu melafazkan cerai terhadap isteri, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian baik antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit yang mana ia akan direkodkan. Antara terma tersebut adalah hadanah atau hak jagaan anak, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah sah sebagai suami isteri pada pada Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan