Hasnul terus kempunan, Peja lantik Adun Umno jadi Setpol

Hasnul terus kempunan, Peja lantik Adun Umno jadi Setpol

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan bahawa beliau melantik Adun Umno menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, ADUN Pengkalan Hulu, Dato’ Aznel Ibrahim mengantikan Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab Timbalan Presiden Bersatu.

Menurutnya, pelantikan Adun Umno itu adalah manifestasi komitmen beliau kepada kerjasama dengan parti yang pernah beliau lawan dalam PRU14 lalu.

“Pelantikan YB Dato’ Haji Aznel sebagai Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak yang baharu juga adalah manifestasi komitmen saya kepada kerjasama dengan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh.

“Saya yakin pelantikan YB Dato’ Haji Aznel akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara kepimpinan Bersatu, Umno dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional.

Sebelum ini antara nama-nama yang disebut-sebut memegang jawatan tersebut ialah ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang sanggup keluar parti Amanah Negara.

Namun sehingga hari ini Hasnul tidak mendapat apa-apa jawatan tinggi di peringkat negeri.