Hasrat pak arab beli kelab terpaling kaya di dunia hampir jadi kenyataan

Hasrat pak arab beli kelab terpaling kaya di dunia hampir jadi kenyataan

Sheikh Jassim Hamad Al Thani akhirnya memenangi persaingan membeli Manchester United dan bakal melengkapkan pembelian 6 bilion pound (RM35.58 bilion) menje­lang pertengahan Oktober depan.

Memetik Utusan Online, keluarga Diraja Qatar itu menewaskan pesaing rapatnya iaitu hartawan Britain, Sir Jim Ratcliffe yang sebelum itu sedia membenarkan keluarga Glazer mengekalkan pemilikan saham.

Menurut akhbar Britain, tarikh untuk menandatangani pembelian sudah ditetapkan dan pengumuman bakal dibuat seawsal bulan depan.

Pasukan Sheikh Jassim kini melengkapkan proses sete­rusnya sebelum menamatkan pemilikan 18 tahun Keluarga Glazer, manakala penyokong United berharap beliau membeli saham 100 peratus bagi menghapuskan terus legasi jutawan Amerika Syarikat (AS) itu.

Keluarga Glazer pada awalnya mahu meneruskan pegangan tetapi mendapat tentangan hebat penyokong United.

Sheikh Jassim berjanji akan membayar hutang Uni­ted berjumlah 725 juta pound (RM4.29 bilion), tertinggi sejak 2010 selain menaik taraf Old Trafford, pusat latihan Carrington dan meneruskan pelaburan pasukan.

Pengambil alihan itu bakal menamatkan spekulasi berpanjangan sejak kelab diumum untuk dijual November lalu.

Begitupun, tidak semua berita baik untuk United selepas pemain tengah mereka, Mason Mount disahkan terlepas dua aksi Liga Perdana akibat kecederaan ketika menentang Tottenham pada Sabtu lalu.

Sementara itu, kelab juga berminat mendapatkan pemain Fenerbahce, Altay Bayindir, 25, sebagai penjaga gol kedua selepas Andre Onana.