Hasrat ‘payung’ ibu makan sushi tidak kesampaian, tiba-tiba tampil peniaga…

Hasrat ‘payung’ ibu makan sushi tidak kesampaian, tiba-tiba tampil peniaga…

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya dan jika anak dibesarkan dengan didikan dan kasih sayang yang ikhlas daripada orangtuanya, sudah pasti anak-anak juga akan sayangkan ibu bapanya.

Ketika budak itu datang ,dia kelihatan seperti orang baru mengalami kecederaan kerana sebelumnya memang ada terjatuh.

Apabila adik itu datang, peniaga ini pun bertanyakan kepadanya nak makan untuk berapa orang, namun jawapan yang keluar dari mulut adik ini membuatkannya berasa sungguh terharu.

Rupanya adik itu datang kerana mahu membelikan sushi untuk emaknya yang sudah berkerja keras dan dia mahu belanja ibunya dengan sushi. Kata-kata adik ini memang bikin sesiapa pun terharu.

Namun begitu, ketika nak buat pembayaran total harga RM17, wang yang dibawa oleh adik ini tidak mencukupi kerana dalam tangannya cuma ada RM16 sahaja.

 

Kagum dengan kesungguhan adik itu untuk cuba belanja dan menggembirakan ibunya, peniaga ini pun pun ikhlas untuk kurangkan harga dan beri diskaun RM1 untuk adik ini.

Adik itu ternyata gembira apabila hajatnya untuk belikan sushi untuk ibu berjaya dilaksanakan dan tak lupa berterima kasih kepada peniaga sushi tersebut.

Wah, sudah pasti ibu adik ini akan sangat gembira dibelanjakan sushi oleh anaknya bukan.

Sumber – sajagempak.com