Hasrat Ustaz Dusuki nikmati hasil RM500 ribu wang saman fitnah tertangguh

Hasrat Ustaz Dusuki nikmati hasil RM500 ribu wang saman fitnah tertangguh

Hasrat pendakwah terkenal Pas, Dusuki Abdul Rani untuk menikmati hasil kemenangan dariapada saman fitnahnya baru-baru ini nampaknya tidak kesampaian.

Ini selepas Orang Kena Saman (OKS)Miqdad Zakaria berjaya mengenepikan penghakiman ingkar yang telah dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Ianya disahkan oleh peguam Miqdad,tetuan Muhammad Faiz Fadzil di dalam hantaran FBnya siang tadi.

Alhamdulillah, rayuan Ustaz Miqdad Zakaria untuk mengetepikan penghakiman ingkar telah berjaya hari ini berkaitan kes saman fitnah oleh Ustaz Dusuki Abd Rani berhubung isu penjualan aset TH dan dakwaan hadith palsu.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memerintahkan kedua-dua kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Oleh demikian, jumlah penghakiman yang berjumlah RM250,000 dan RM200,000 yang diberikan pada 2.3.2021 telah dibatalkan.

Perjuangan baru bermula di atas padang yang sama rata. Saksi-saksi akan dipanggil nanti untuk membuktikan kes masing-masing.

Pada 3 Mac 2021, portal akhbar parti Pas, Harakahdaily telah melaporkan Dusuki yang juga merupakan ajk Dewan Ulamak Pas Pusat berjaya dalam samannya ke atas Miqdad berhubung satu tulisan yang diterbitkan Moqdad di dalam FBnya.

Dusuki dikhabarkan berjaya dianugerahkan hampir RM500 ribu berikutan daripada saman tersebut.