Hayatilah titah Tuanku yang sangat berharga nilainya kepada kita, kata Asmuni
ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi mengajak semua wakil rakyat dan pemimpin agar mengambil nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang berbunyi, ‘ ….. perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.
“Kegagalan kepemimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat.’
Asmuni berkata, ambillah titah Tuanku ini sebagai amanat yang sangat berharga nilainya kepada kita semua sebagai ahli politik.
Tegasnya, kejadian yang berlaku ini bukanlah satu keadaan yang baik untuk kemajuan negeri dan kemakmuran rakyat.