Hebat! Ini senarai antara empat penyanyi Malaysia nombor 1 yang terbaik di setiap era

Hebat! Ini senarai antara empat penyanyi Malaysia nombor 1 yang terbaik di setiap era

 

Menjadi penyanyi di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan usaha yang sangat tinggi untuk menuju hingga tahap yang dikenali serta dihormati oleh peminat.

Pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuh demi berjaya menjadi penghibur yang diminati.

Usaha akan membuahkan hasil apabila mendapat award penghargaan dan pencapaian yang banyak di dalam serta luar negara.

Malah pada setiap era pasti akan ada penyanyi yang digelar “penyanyi no satu di Malaysia” dan untuk mendapat gelaran tersebut haruslah memuaskan hati rakyat Malaysia dengan pencapaian yang diperolehi mereka itu.

Oleh itu, ini disenaraikan 4 orang penyanyi dan penghibur no 1 Malaysia di era masing-masing.

Dapat Penghargaan Dalam Serta Luar Negara

 1. P. Ramlee

P. Ramlee atau nama penuhnya Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang penyanyi, penghibur, pelakon, pengarah dan penulis lagu Malaysia yang terkenal.

Dianugerahkan “Seniman Agung Negara” kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik serta hasil karya sasteranya.

Merangkul pelbagai anugerah dan menjadi antara artis yang terpenting serta terkenal semasa zamannya itu.

2. Sudirman

Dato’ Sudirman bin Haji Arshad yang berasal dari Temerloh Pahang, merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia.

Beliau dinobatkan sebagai penghibur nombor 1 dan merupakan anak jati pahang yang pertama memenangi Anugerah penyanyi Asia Tahun 1989 di London.

Diberi jolokan sebagai penghibur milik masyarakat, seniman rakyat dan Elvis Malaysia.

Selain menjadi penyanyi dan penghibur, beliau juga seorang penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang buku kanak-kanak, pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

3. Sharifah Aini

Biduanita Negara Datuk Hajah Sharifah Aini binti Syed Jaafar merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Beliau mempunyai banyak anugerah yang disandangnya di dalam serta luar negara. Bukan mudah untuk kekal relevan serta namanya masih diingati sehingga ke hari ini.

4. Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin  merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan di Malaysia.

Siti memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian bintang HMI pada 1995.

Bermula dari situ, nama Siti terus mencanak naik sehingga ke hari ini dengan telah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara.

Apa kata anda, siapakah yang bakal menerusi takhta penyanyi serta penghibur no.1 Malaysia yang akan datang?