Helah ustaz minta derma terbongkar, rupanya nak melancong

Helah ustaz minta derma terbongkar, rupanya nak melancong

 

Tindakan seorang pemimpin Pas, Mokhtar Senik membuat perancangan untuk bercuti ke Maldives, sebuah pusat percutian antarabangsa tular di laman sosial.

Ini kerana, ketika beliau membuat perancangan untuk melancong ke Maldives itu, beliau juga membuat permohonan saban hari dari orang awam agar menyumbangkan derma untuk sekolah agama yang beliau bina.

“Sodaqoh Subuh. Membuka seribu pintu2 kebaikan dan menutup seribu pintu2 kejahatan.

Mungkin kita tidak sangka amal kebajikan yg kecil itu mampu membuka pintu syurga sebagaimana kita tidak sangka kebakhilan itu mampu membuka pintu neraka,” tulis Mokhtar di laman Facebook beliau.

Beliau bukan sahaja memohon orang ramai membuat infaq untuk membeli makanan untuk para pelajar beliau bahkan juga untuk membayar bil elektrik, air, membuat bangunan tambahan dan sebagainya.

Helah pemimpin Pas minta derma terbongkar, hasil diguna untuk melancong

Mokhtar memohon pelbagai derma untuk sekolahnya termasuk untuk membayar bil elektrik tetapi dalam masa sama dia merancang untuk melancong ke Maldive dengan full pakej menjadi sasaran netizen.

Namun apabila beliau bertanya berapa perbelanjaan untuk pakej pelancongan ke Maldives, ia menimbulkan kejutan kepada orang ramai.

“Pm full pakej,” tulis Mokhtar yang menggunakan nama Mokhtar Dup dalam satu ruang komen sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej ke Maldive.

“Kami pm ye,” jawap admin syarikat ketika menjawab komen yang ditulis oleh bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang dan Ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.