Hempas atau tekan, ini penjelasan pakar cara betul menutup bonet kereta anda

Hempas atau tekan, ini penjelasan pakar cara betul menutup bonet kereta anda

Terdapat dua cara berbeza yang sering dilakukan ketika menutup bonet kereta.

Selain menutup dengan cara menghempas dari paras tinggi, ada juga yang hanya menekan rapat penutup bonet sehingga tertutup.

Sebenarnya, mana satu cara yang betul?

Sekiranya dirujuk pada buku manual panduan yang biasa disediakan, cara menutup pintu bonet yang sebenar adalah dengan melepaskan dari posisi tinggi dan bukannya ditekan.

Bahagian bonet Mitsubishi Xpander

Berikut adalah langkah menutup pintu bonet mengikut buku panduan Mitsubishi Xpander:

1. Lepaskan batang penyendal dengan memasukkan semula ke tempat asal.

2. Turunkan pintu bonet secara perlahan sehingga berada pada posisi jarak 20 sentimeter (cm) sebelum dilepaskan.

3. Pastikan penutup terkunci rapat dengan mengangkat sedikit bahagian tengah antara bonet.

Batang penyendal perlu dimasukkan semula ke tempat asal. Foto: Ian Nicholson/PA Wire

Bagaimanapun, sekiranya cara di atas tidak berhasil, anda boleh cuba melepaskan pintu dari posisi lebih tinggi.

Jangan menekan pintu bonet dengan kasar kerana ia boleh merosakkan penutupnya.
Namun, harus tetap berjaga-jaga dengan posisi jari agar tidak tersepit sewaktu menutup bonet.

Kemudian periksa sekali lagi bagi memastikan bonet benar-benar terkunci bagi mengelakkan penutup terbuka secara tiba-tiba sewaktu dipandu.

Sumber – Mstar