Henti lacur cogan kata “demi agama, bangsa dan negara”, sudah basi

Henti lacur cogan kata “demi agama, bangsa dan negara”, sudah basi

1. Cakap pasal Islam, halal dan haram sampai bergegar bumi. Tapi banyak hipokrasi daripada ikrar dan janji.

2. Bumi luas dan subur tapi nak hasilkan makanan sendiri pun malas dan berdolak-dalik.

3. Akibatnya, dasar kecukupan makanan dan “food security” hanya omong-omongan. Terpaksa bergantung kepada import daripada negara-negara bukan Islam untuk tampung keperluan.

4. Negara-negara kafir hasilkan makanan, negara-negara Islam import. Sampai makanan halal pun bergantung kepada negara-negara kafir.

5. Buat undang-undang halal tapi benda haram diimport sebagai halal untuk makanan orang Islam kerana rasuah, salah guna kuasa dan makan gaji buta.

6. Tengok carta Al Jazeera di bawah ini. Yang hasilkan makanan halal adalah Brazil, Australia, India dan sebagainya. Yang import adalah Arab Saudi, Malaysia, UAE, Indonesia dan yang lain.

7. Berhentilah lacurkan cogan kata “demi agama, bangsa dan negara”. Sudah jadi kata-kata basi, berongga, tanpa isi.

Wallahuaklam.Terima kasih.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223280367733509&id=1114194475&sfnsn=mo