Hidang roti berkulat, ZUS Coffee naikkan permohonan maaf, bayar pulangan dan pampasan perubatan terhadap pelanggan

Hidang roti berkulat, ZUS Coffee naikkan permohonan maaf, bayar pulangan dan pampasan perubatan terhadap pelanggan

 

Berdepan isu dihidangkan makanan rosak dianggap lumrah buat pelanggan sektor F&B sekarang ini. Biar seketat mana pun SOP dilaksanakan, namun perkara tersebut tetap masih berlaku juga.

Sebagai pelanggan, kita perlu bertindak dengan cepat jika ada kekurangan dalam kualiti makanan.

Baru-baru ini, tular sebuah isu di mana rangkaian kafe ternama iaitu Zus Coffee memberikan pelanggannya pastry yang sudah berkulat.

Memetik perkongsian portal Lobak Merah,  perkara itu turut menimbulkan kemarahan ramai malah ada juga yang bimbangkan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Pun begitu, setelah isu tersebut tular di media sosial, wakil daripada kafe tersebut telah pun membuat satu permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial mereka.

“Kami menyasarkan untuk menghidangkan kopi serta makanan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan. Kami telah berhubung secara terus dengan pelanggan tersebut dan membuat permohonan maaf. Kami juga akan menawarkan bayaran pulangan beserta pampasan perubatan dari mana-mana pusat perubatan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pelanggan tersebut”
– ZUS Coffee

Difahamkan, insiden tersebut membabitkan cawangan Zus Coffee di KL East Mall, siasatan telah dilakukan dan ia berpunca daripada pencemaran (contamination) yang ada di dalam peti sejuk cawangan tersebut.