“Hidup mu hampir hancur! Pulang lah ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat” – Ibu Syamsul Yusof

“Hidup mu hampir hancur! Pulang lah ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat” – Ibu Syamsul Yusof

 

Kemelut rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas sebutan kes penceraian yang telah difailkan oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Selain dari Puteri Sarah, ibu kepada Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail dilihat kerap meluahkan isi hatinya menerusi hantaran-hantaran di Instagram.

Minta anak kembali ke pangkal jalan

Kali ini, Datin Patimah telah meminta anak lelakinya itu supaya kembali ke pangkal jalan selepas lama ‘tersesat’.

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga menerima Syamsul dengan terbuka dan mengatakan yang Allah S.W.T Maha pengampun segala dosa.

“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah  ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mu. Allah juga maha pengampun,” tulisnya di salah satu Insta Story.

Allah Maha Pengampun, keluarga terbuka menerima

Luahan tersebut disertakan dengan lagu nyanyian Opick bertajuk rapuh dan gambar Syamsul yang diambil menerusi keratan akhbar.

Pada 7 Mac yang lalu, sebutan kes penceraian yang difailkan oleh Puteri Sarah memperlihatkan pengarah filem Mat Kilau itu hadir dengan memakai pakaian serba hitam ke mahkamah syariah.

Menerusi berita yang tular, dia dikatakan enggan menceraikan isteri pertamanya dan mengatakan masih ada sinar dalam hubungan rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah meminta agar kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk urusan penceraian tersebut.

Menurut Puteri Sarah, ibu mentuanya telah menghantar mesej dengan sudi menjadi saksi dan pencelah bagi pihaknya untuk menegakkan keadilan serta hak di mahkamah kelak.