Hilang deposit di kesemua kerusi bertanding, Ketua PEJUANG Muda umum letak jawatan

Hilang deposit di kesemua kerusi bertanding, Ketua PEJUANG Muda umum letak jawatan

•KENYATAAN MEDIA•

1. Adalah dimaklumkan bahawa saya, Dr. Abu Hafiz bin Salleh Hudin, telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua PEJUANG Muda Malaysia berkuatkuasa 11hb Disember 2022.

2. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira berbagai pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 baru-baru ini.

3. Semoga kepimpinan baru sayap pemuda PEJUANG mampu mengemudi PEJUANG Muda dengan lebih baik dan cemerlang.

4. Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan utama parti PEJUANG dan teman-teman kepimpinan PEJUANG Muda Malaysia atas kepercayaan bagi menggalas amanah sebagai Ketua PEJUANG Muda Malaysia. Pengalaman yang digarap selama ini akan dijadikan ilmu yang sangat berguna, inshaAllah.

DR. ABU HAFIZ SALLEH HUDIN
11 DISEMBER 2022