Hilang keyakinan terhadap Azam Baki, AMANAH mohon campur tangan YDPA

Hilang keyakinan terhadap Azam Baki, AMANAH mohon campur tangan YDPA

Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurut laporan portal Utusan Online, sayap pemuda parti itu dijangka akan menyerahkan memo tersebut esok pada 3 petang di Pintu Utama Istana Negara.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi parti itu yang juga menjelaskan pihaknya meragui intergiti serta ketelusan Azam sebagai individu paling penting dalam organisasi tersebut.

Sementara itu. Timbalan Presiden parti tersebut, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan lain telah memohon Speaker Dewan Rakyat agar memanggil satu sidang khas parlimen bagi tujuan membincangkan isu mustahak tersebut.

Beliau berharap agar usul tersebut diterima dan dibahas di dewan persidangan bukan dalam Kamar Khas kerana isu yg sangat menyentuh persoalan intergriti seorang penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dikalangan rakyat awam.

Baru-baru ini, kencang bertiup khabar angin mengenai Azam yang didakwa menyeleweng duit kerana terdapat pemilikan saham di beberapa buah syarikat di bawah nama beliau.

Namun, Rabu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau turut menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.