Hilang MB: Bersatu kena terima karma atas pengkhianatan

Hilang MB: Bersatu kena terima karma atas pengkhianatan

Parti Bersatu perlu terima ini adalah karma alam atas pengkhianatan politik yang mereka lakukan sebelum ini.

Demikian tegas ucapan ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi di Persidangan Dewan Negeri Perak, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu berhubung krisis politik yang berlaku di negeri Perak yang mana Menteri Besar Perak daripada Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan melalui satu usul di DUN Perak baru-baru ini.

Beliau juga mengingatkan Umno bahawa luka memang boleh diubati tetapi parut tetap ada meninggalkan kesan.

“Parti Bersatu perlu terima ini adalah karma alam atas pengkhianatan politik yang mereka lakukan sebelum ini sementara Umno pula tentu masih ingat, bahawa walaupun luka boleh diubati namun parutnya tetap ada.

“Sementara Pas pula seperti mana sedia maklum tanpa dipujuk akan berpatah balik.

“Sikap tidak percaya sesama sendiri sebagai satu pasukan adalah manifestasi kegagalan PN dan MN membentuk pasukan politik yang mantap dan berwibawa,” katanya.

Sumber: https://perakinsights.com/2020/12/17/ini-adalah-karma-atas-pengkhianatan-asmuni-bedal-bersatu-di-dun-perak/