Hina bekas teman lelaki kerja kedai serbaneka, wanita jadi bahan kecaman netizen

Hina bekas teman lelaki kerja kedai serbaneka, wanita jadi bahan kecaman netizen

 

Jenis pekerjaaan bukanlah titik pengukur bagi menilai status kewangan seseorang individu.

Semalam, tular di media sosial mengenai wanita yang didakwa menghina bekas teman lelakinya hanya kerana bekerja di sebuah kedai serbaneka. Eh ye ke?

Hanya kerana pekerjaan

Menurut posting tersebut, wanita itu berkata bahawa dirinya bersama bekas teman lelaki pernah berjanji untuk bekerja sebagai guru sebelum berkahwin.

Walau bagaimanapun, cinta yang tidak kesampaian membuatkan mereka mengikut haluan masing-masing dan lelaki tersebut telah bekerja di sebuah kedai serbaneka yang terkenal.

Posting yang tular di Twitter itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut.

Hm, agaknya apa pendapat pembaca.