Hina rakyat tak reti bersyukur, ciapan suami artis seksi ini bikin netizen panas

Hina rakyat tak reti bersyukur, ciapan suami artis seksi ini bikin netizen panas

Suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas masih terdapat netizen yang mempersoal tindakan pihak kerajan meskipun selepas pengumuman semua pengangkutan awam kendalian RapidKL  ditawarkan secara percuma selama sebulan, baru-baru ini.

“Cuba Cakap Alhamdulillah Ke, Thank You Ke”

Menerusi laman Twitter, Nedim menegur netizen yang seolah-olah masih ‘berbunyi’ walaupun pihak kerajaan telah memberi perkhidmatan percuma itu ketika dunia sedang terkesan dengan inflasi.

Ciapan suami kepada Nora Danish ini telah mencetuskan kecaman netizen, ada yang menyifatkan Nedim tidak pernah menghadapi kesusahan rakyat yang bersesak dalam koc tren.