Hubungan cinta tak kesampaian, video nyanyian sedih Shuib bikin netizen sebak

Hubungan cinta tak kesampaian, video nyanyian sedih Shuib bikin netizen sebak

Baru-baru ini, peminat seni hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah percintaan yang dikaitkan antara duda ter’hot’ di Malaysia ketika ini, Shuib Sepahtu bersama usahawan berjaya berstatus ibu tunggal, Datuk Seri Vida atau DSV.

Usik mengusik oleh warganet antara mereka berdua berlarutan seolah-olah percintaan itu benar-benar terjalin antara mereka berdua.

Tak cukup dengan itu, pengguna media sosial ditayangkan dengan aksi mesra DSV melayan keletah anak Shuib di meja makan, menambahkan lagi keyakinan peminat seolah-olah ada hubungan istimewa berlaku yang tidak diketahui umum.

Meskipun dinafikan Shuib dan DSV, namun gosip-gosip hubungan mereka berdua terus diperkatakan sehingga kini.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, pelawak Shuib Sepahtu ada memuat naik videonya mendendangkan sebuah lagu sedih berjudul Kepingan Hati milik ST12.

Menerusi video itu, Shuib dilihat bermain gitar sambil menyanyi dengan penuh perasaan ternyata membuatkan netizen sebak.

.
Lantas, bagaikan tidak sabar untuk mengetahui cerita disebalik video tersebut, netizen mula meneka video lagu sedih itu seolah-olah menceritakan kisah sedih hubungan cinta Shuib bersama DSV yang terputus di tengah jalan.

Namun dakwa yang lain, lagu sedih itu mencerminkan kerinduan Shuib terhadap ratu hatinya, Allahyarhamah Siti Sarah yang telah pergi meninggalkanya bersama anak-anak yang, Ogos tahun lepas.

Manakan tidak, hasil didikan arwah isterinyalah yang menjadikan Shuib seorang penyanyi yang baik seperti sekarang ini.

Dalam pada itu, ada yang dapat membaca riak wajah Shuib yang jelas membuktikan perasaan rindukan arwah isterinya masig terlalu kuat serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Sumber – Tik Tok