Hubungan lepas bercerai semakin baik, Azri Iskandar mengaku kalau tak ada duit pinjam dengan Ellie Suriaty
Pelakon, Azri Iskandar memaklumkan hubungannya bersama bekas isteri, Ellie Suriaty bertambah baik selepas bercerai berbanding ketika bergelar suami isteri.
Bukan itu sahaja, Azri berkata dia juga akan meminjam kepada bekas isteri sekiranya tidak mempunyai wang ringgit.
Malah, pelakon berusia 55 tahun itu menyifatkan hubungan mereka tidak seperti pasangan yang sudah berpisah.
Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin.
Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah.
Bagaimanapun, Azri berkata dia masih belum mempunyai wang yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan kekasihnya, Dr Azra.
Memang target nak kahwin seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah.
Malah, pelakon filem Penanggal itu menjelaskan dia belum berkesempatan untuk membawa kekasihnya itu berjumpa anak-anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.