Hudud!!! Hentikan beretorik, Pas Kelantan wajar melutut belajar dengan Aceh

Hudud!!! Hentikan beretorik, Pas Kelantan wajar melutut belajar dengan Aceh

Pasangan kekasih yang juga suami dan isteri orang dihukum sebat 100 kali pada Isnin kerana berzina.

Pesalah lelaki ialah penjawat awam berusia 43 tahun manakala wanita itu bekerja sebagai kakitangan pembersihan.

Hukuman sebat itu berjalan lancar walaupun kedua-duanya kelihatan gementar menahan kesakitan.

Pesalah lelaki berkali-kali meminta petugas sebat itu berhenti daripada menyebatnya.

Malah, berbaki 20 lagi sebatan, lelaki itu dilihat meminta minuman dan mencangkung.

Kedua-duanya menjalani hukuman itu di Pusat Islam Aceh Tamiang berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kualasimpang pada 22 Mac lalu.

Pasangan itu bersalah kerana melanggar Seksyen 37 (1), (2 dan (3) Kanun Aceh 6/2014 Akta Jenayah.

Mereka ditahan pihak berkuasa di pintu masuk taman Kualasium, 25 Januari lalu serta mengaku menjalin hubungan istimewa sejak setahun lalu walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

Selain pasangan itu, seorang lagi pesalah berusia 52 tahun turut menjalani hukuman sebat 18 kali selepas tempoh tahanannya dipendekkan.

Ketua Pejabat Syariah Islam Aceh Tamiang, Syamsul Rizal berkata, pesalah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dulu sebelum menjalani hukuman.

“Selepas disahkan stabil, baru proses hukuman dilakukan,” katanya dalam portal Tribunnews.

Katanya, hukuman pertama dilakukan 11 Januari lalu membabitkan 11 pesalah. – HM