Hukum beri ubat cegah HIV kepada homoseksual

Hukum beri ubat cegah HIV kepada homoseksual

 

Topik mengenai pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) bagi mencegah penularan jangkitan HIV sering menjadi perdebatan hangat.

Ini kerana amalan tersebut didakwa boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah pengamal seks songsang di kalangan masyarakat.

Apakah pula hukumnya dari sudut agama Islam? Bolehkah PrEP diberikan oleh doktor kepada mereka yang diketahui mengamalkan gaya hidup homoseksual?

Bagi menjawab persoalan ini, dikongsikan teks soal sesi jawab berikut yang dipetik dari laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Semoga dapat dijadikan panduan dan iktibar untuk kita bersama.

HIV PrEP

SOALAN:

Apakah hukum seorang pengamal perubatan memberikan ubat pencegah jangkitan HIV (pre-exposure prophylaxis/PrEP) kepada individu yang mengamalkan homoseksual dalam keadaan pengamal perubatan menyedari bahawa kajian menunjukkan tingkah laku homoseksual tetap tinggi malah makin meningkat dengan penggunaan PREP?

PrEP berkesan untuk mencegah HIV tetapi tidak boleh mencegah jangkitan seksual lain seperti syphilis dan sebagainya.

JAWAPAN:

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Profilaksis Pra-Pendedahan atau Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat pencegahan HIV yang diambil oleh seseorang yang tidak mengidap HIV bagi mengelakkan diri dari dijangkiti HIV. Secara umum, pengambilan atau pemberian PrEP adalah diharuskan kepada pasangan suami isteri yang mana salah seorang daripada mereka telah dijangkiti oleh HIV apabila mereka melakukan hubungan suami isteri. Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan.

والله أعلم بالصواب