Hun Haqeem kongsi cara turun berat badan dari 120kg ke 70kg

Hun Haqeem kongsi cara turun berat badan dari 120kg ke 70kg

Haqeem Hermy atau lebih dikenali dengan nama Hun Haqeem, merupakan pelakon dan model dari Malaysia. Antara drama lakonannya yang menjadi kegilaan ramai adalah watak jaafar dalam drama Kampung People.

Pernah Merasa Berat 120 Kilogram

Hun menceritakan mengenai kisah kehidupan yang lalu bahawa berat badannya pernah mencecah sehingga 120 kilogram kerana tidak menjaga makan serta tidak bersenam. Ketika itu juga Hun sering diejek oelh kawan-kawan, namun itu tidak memutuskan semangatnya untuk bangkit dalam menurunkan berat badan.

Daripada 120 kilogram, Hun berjaya turun sehingga 80 kilogram dan itu adalah kejayaan yang terbesar dalam hidup mengenai berat badannya.

Turun 10 Kilogram Untuk Menjayakan Drama Adaptasi Korea

Sudah Pasti Ramai mengetahui, bahawa Hun memegang peranan utama dalam drama adaptasi Korea iaitu W: Two Worlds. Namun, watak yang dia perolehi itu menyebabkan dia disuruh oleh pihak produksi untuk menurunkan lagi berat badannya yang ketika itu 80 kilogram.

Hun akur dengan permintaan dari Datuk Yusry Abdul Halim yang memintanya untuk menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan watak yang akan disandang olehnya nanti. Hun mengambil masa 3 bulan untuk menurunkan 10 kilogram dan kini beratnya menjadi 70 kilogram.

Katanya lagi, dia berjaya mendisiplinkan diri demi untuk menjayakan drama adaptasi tersebut kerana peluang seperti itu tidak datang selalu.

 

Hun ulas dengan lebih lanjut, bahawa penurunan berat badannya adalah kerana dia menjaga pemakanan serta jika mempunyai masa terluang dia akan segera ke gimnasium untuk bersenam. Tambahnya lagi, jika tidak mempunyai masa oleh kerana jadual yang agak padat, Hun akan pastikan dirinya kekal aktif iaitu dengan parkir kereta di tempat yang jauh agar dia dapat berjalan untuk membakar kalori.

Apa-apa pun, tidak sabar untuk menonton drama tersebut. Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah untuk mencuba cara seperti Hun ini.