Ibu ayah sedondon berpakaian uniform sekolah, beri semangat anak masuk darjah 1

Ibu ayah sedondon berpakaian uniform sekolah, beri semangat anak masuk darjah 1

Saat anak masuk ke darjah 1, biasanya golongan ibu akan berasa lebih sebak kerana mahu melepaskan cahaya mata tercinta beralih ke fasa seterusnya dalam dunia pendidikan. Dalam tidak sedar, rasanya sekejap sahaja mereka memasuki usia 7 tahun sedangkan sepertinya baru semalam dilahirkan ke dunia ini.

Ibu ayah teruja hantar anak masuk darjah 1

Melalui perkongsian Kosmo Online yang memaparkan kemeriahan pendaftaran murid darjah 1 di sebuah sekolah, terdapat pasangan ibu bapa dilihat sedang membetulkan kepanjangan beg anak mereka. Sesekali, si ibu turut mengusap lembut bahu kanak-kanak itu.

Sama-sama pakai uniform sekali sebagai tanda sokongan buat anak

Uniknya, Encik Mohd. Fadzil Abu Naim (41 tahun) dan isterinya, Nurul Aini Mohd Alwi (41 tahun) sama-sama mengenakan uniform lengkap seperti budak sekolah rendah. Ujarnya, ia merupakan cara mereka memberikan sokongan kepada Muhammad Ishraq Aydan yang masuk ke sesi darjah 1 pada hari ini.

@kosmoonline

Ibu sama sama-sama berpakaian sekolah beri semangat untuk anak-anak melangkah ke darjah 1. Mohd. Fadzil Abu Naim, 41 dan Nurul Aini Mohd olwi, 41 menghantar anaknya, Muhammad ishraq aydan. 7 ke orientasi sekolah hari ini.

♬ School Bus – Official Sound Studio

Maknya nangis tak tu pertama kali hantar masuk darjah 1

Mendapat ribuan jumlah tontonan, ramai netizen terhibur namun dalam masa sama sebak dengan sokongan yang dizahirkan oleh pasangan berkenaan. Ada juga yang berseloroh sama ada ibunya menangis atau tidak saat menghantar ke sekolah.

Tidak tetinggalan, ada juga yang bergurau situasi seperti itu tidak sempat dibuat jika pasangan suami isteri mempunyai ramai anak. Pasti kelam-kabut jadinya.