Ibu kantoi layan lelaki lain belakang ayah, tak sangka ini alasan yang diberi bila disoal anak

Ibu kantoi layan lelaki lain belakang ayah, tak sangka ini alasan yang diberi bila disoal anak

 

Seorang individu luah perasaan kecewa selepas ibunya sendiri dikatakan suka melayan ramai lelaki yang dikenalinya di media sosial. Allahu, dah kenapa tu?

Menerusi satu kiriman yang dikongsikan ConfessTweetMy, individu berkenaan mengatakan yang dia tak sanggup tengok ibunya curang dengan lelaki lain walaupun dah banyak kali menasihatinya.

Hari tu saya nekad untuk tegur dia sebab saya rasa tak boleh nak hadap dia. Setiap kali saya tengok muka dia, saya teringat apa yang dia buat. Saya WhatsApp dan tegur dia untuk berubah dan beritahu saya dah tahu semua yang dia buat.

Apa yang sedihnya, dia sanggup bersumpah junjung Al Quran dia tak buat benda tu. Dia asyik nafikan benda tu dan cakap benda tu dah lama. Saya kasihan dengan ayah saya, penat keluar cari rezeki tapi isteri curang.

Perkara ini bukanlah kali pertama ibunya yang berusia 50-an itu lakukan kata individu berkenaan.

Sebelum ni pun pernah juga tapi dengan lelaki lain. Saya cuba berdepan dengan mak saya sekali dengan adik-adik. Tapi dia juga tidak mengaku dan bagi alasan saja melayan.

Saya ingatkan dia berubah lepas kes tu sebab malu dengan anak-anak tapi rupa-rupanya makin teruk. Yang baru kantoi ni bukan melayan seorang lelaki tapi banyak lelaki. Mak saya sendiri pernah bercerita dengan seseorang bahawa dia sudah tiada nafsu dengan ayah. Lelaki baru tu masih muda dan barang baik.

Kisah yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian netizen dan individu berkenaan sudah buntu untuk menyelesaikan masalah ini.