Ibu keluar jam 3 pagi rupanya cari makan sebab mengidam, anak sempat hubungi sebelum rentung

Ibu keluar jam 3 pagi rupanya cari makan sebab mengidam, anak sempat hubungi sebelum rentung

 

Takdir yang tertulis tidak mungkin boleh diubah terutama melibatkan kematian. Ia sudah tertulis di luh mahfuz dan janji kematian ini tidak tercepat sesaat atau terlewat seminit.

Dan sudah tertulis dua anak kecil, Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya Muhammad Al-Qayyum, 7 yang rentung dalam kebakaran rumah semalam adalah penghuni syurga kerana meninggal di usia kecil mereka.

Ibu Mengidam Cari Makanan Jam 3 Pagi, Anak Sempat Hubungi Sebelum Rentung

Dan pastinya kejadian yang menimpa dua kanak-kanak yang ditemui rentung ketika cubaan melarikan diri di awal kebakaran  walau diajar lari ke bilik air tidak menjadi kenyataan apabila lemas di bilik utama akibat terhidu asap tebal sebelum rentung dalam api marak membakar.

Akhbar Utusan melaporkan, hati seorang ibu hiba apabila mendengar panggilan sayu daripada  anak perempuannya yang meminta pertolongan memaklumkan rumah terbakar di mana dirinya dan adik  terperangkap dalam kebakaran rumah mereka yang terletak di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut di sini semalam.

Ibu Mengidam Cari Makanan Jam 3 Pagi, Anak Sempat Hubungi Sebelum Rentung

Akhbar turut melaporkan pasangan suami isteri ini keluar mencari makanan pada jam 3 pagi kerana isteri yang sarat mengandung lapan bulan mengidam namun akhirnya perasaan mengidam bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua anaknya terperangkap dalam rumah dikunci jerigi saat keduanya keluar mencari makanan.

Dan kedua ibu bapa ini pastinya sama sekali  tidak menyangka perkara buruk akan terjadi saat keduanya keluar  meninggalkan kawasan rumah sewaan mereka di keheningan pagi itu.

Berikutan kes ini, ia mendapat perhatian dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Ibu Mengidam Cari Makanan Jam 3 Pagi, Anak Sempat Hubungi Sebelum Rentung

Jelasnya, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.

“Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.