Ibu mentua sokong Puteri Sarah minta dilepaskan – “dia ditinggalkan terkapai-kapai”
Seakan tiada kesudahan, nampaknya kemelut rumah tangga antara pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon Puteri Sarah masih lagi menjadi topik hangat netizen di media sosial.
Mana tidaknya, meskipun Syamsul telah mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, namun difahamkan sehingga kini dia masih menyekat Puteri Sarah di media sosial sehingga sukar untuk pelakon tersebut membincangkan hal rumah tangganya.
Malah, apa yang lebih mengejutkan ramai, Puteri Sarah telah membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya itu kerana tidak sanggup untuk hidup bermadu.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Pun begitu, baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan Puteri Sarah hanya satu-satunya menantu kesayangan dalam keluarga.
Bukan itu sahaja, dia juga berharap doanya agar Puteri Sarah memperoleh kebahagiaannya dimakbulkan oleh Maha Esa ekoran dengan dugaan yang dilaluinya pada ketika ini.
“Ingat, menantu saya cuma Puteri Sarah. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Sabarlah duhai hati, sabarlah menantu kesayanganku,” ujarnya ibu Syamsul.
Dalam pada itu, ibu Syamsul Yusof itu juga meluahkan rasa terkilannya apabila mendapat tahu Puteri Sarah telah membuat keputusan untuk mengundur diri sebagai isteri pertama anaknya.
Ibu mentua yang terbaik
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Patimah sebagai seorang ibu mentua yang begitu menyayangi Puteri Sarah sebagai menantunya.
Semoga urusan datin sekeluarga dipermudahkan
Bahkan, ramai yang menitipkan doa agar urusan kemelut yang dihadapi oleh keluarga mereka segera menjumpai jalan penyelesaian yang baik untuk kedua-dua belah pihak.