Ibu panik kepala anak bengkak sebesar 2 bola golf

Ibu panik kepala anak bengkak sebesar 2 bola golf

 

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai seorang pengguna dikenali sebagai Wahyu Nurain yang berkongsi pengalaman yang dilalui oleh bayi lelakinya, Muhammad Hail Waliudin Muhamad Helmi.

Menerusi hantaran video, Ain menceritakan bayi berusia 8 bulan itu pernah terjatuh dari katil setinggi 62 sentimeter pada 12 Disember 2022 lalu.

Namun, apa yang membimbangkan apabila muncul kesan lebam dan bengkak pada bahagian dahi sehingga anaknya itu terpaksa dikejarkan ke hospital.

@wahyusapian

Membalas kepada @eyma.rahimah Alhamdulillah sehari selepas pulang ke kampung, benjol Wali surut🤲

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Doktor maklumkan tiada sebarang keretakan, cuma nasihatkan supaya kami terus tuam kepala Wali.

Walaupun sudah melakukan apa yang dinasihat oleh doktor, Ain memaklumkan benjolan pada kepala anaknya menjadi semakin besar selepas 8 hari kemalangan itu berlaku.

Benjolan tu ibarat 2 biji bola golf, sampai lilitan kepala anak saya dah jadi 46 sentimeter.

Selepas membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan Hospital Al Sultan Abdullah, doktor mendapati terdapat gumpulan darah beku di bawah lapisan kulit bayi berkenaan.

@wahyusapian

Terima kasih semua mendoakan saya, Wali sgt hrgai doa2 uncle auntie semua- Wali 2023 #fypシ゚viral #walijatuhkatil

♬ bunyi asal – Wahyu Nurain – Wahyu Nurain

Mujur selepas beberapa hari dirawat di Hospital, keadaan Wali kembali stabil dan dibenarkan pulang ke rumah.

Alhamdulillah surut sepenuhnya, tak ada makan ubat atau sapu. Benjolan tu surut dengan sendiri.

Sehingga kini, perkongsian Ain telah mendapat perhatian orang ramai dan tular di media sosial sehingga meraih lebih 1.1 juta tontonan.

Saya tak sangka video tu boleh jadi viral. Apa-apa pun, semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.