Ibu Syamsul mohon Puteri Sarah berdamai, ini syaratnya

Ibu Syamsul mohon Puteri Sarah berdamai, ini syaratnya

 

Kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sememangnya menjadi perbualan ramai lebih-lebih lagi setelah sesi perbincangan yang berlangsung semalam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal.

Susulan daripada itu, ibu kepada Syamsul telah membuat kenyataan dengan berharap supaya menantunya berdamai selepas pelakon tersebut menyatakan keengganannya semalam.

Berdamai tapi bersyarat

Namun begitu, Datin Patimah Ismail mengatakan pendamaian tersebut harus bersyarat dan Puteri Sarah berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Assalam, jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Tetap menantu dunia akhirat

Dalam pada itu, Datin Patimah juga menitipkan pesan buat Puteri Sarah dengan mengatakan yang dia dan suami, Datuk Yusof Haslam, sangat memahami penderitaan yang ditanggung pelakon itu. Dia juga menegaskan yang Puteri Sarah adalah menantunya dunia dan akhirat.

“Puteri Sarah Liyana, mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak membuat keputusan sendiri. Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. mama tetap doakan kebahagian Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat,” ujar ibu kepada Syamsul.

Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Megat Kamaruddin turut berkongsi posting terbaru di Instagramnya dengan mengucapkan syukur diatas rasa kesedihan dan kekecewaan  disebabkan manusia. Ia membuatkannya berasa lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Terdahulu, proses perbincangan yang berlangsung di Jawi tidak berjaya. Mereka juga tidak bersemuka dan hanya melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menurut Puteri Sarah, dia hanya mahu dilepaskan dan meminta segera diceraikan kerana sudah penat dengan apa yang berlaku.

Sedangkan Syamsul masih lagi ingin berbaik dan sempat mengatakan mahu berbincang berkenaan giliran hari bermalam memandangkan kini dia sudah mempunyai dua orang isteri.