Ibu Syamsul Yusof like video Irenee Deanna, beri hint ‘restu’ jadi bakal menantu?

Ibu Syamsul Yusof like video Irenee Deanna, beri hint ‘restu’ jadi bakal menantu?

 

Baru-baru ini, timbul satu gosip berkenaan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang didakwa menjalinkan hubungan ‘cinta’ bersama seorang ahli perniagaan wanita, Irenee Deanna.

Malah, tular sebuah video memaparkan foto-foto Syamsul disamping wanita cantik berambut kerinting itu bersama rakan-rakan yang lain dalam sebuah acara dalam kediaman mewah.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen pula mula mendakwa sama ada wanita berkenaan bakal menjadi madu kepada isterinya, Ira Kazar.

Irenee Deanna

Lebih-lebih lagi apabila heboh di media sosial yang mengatakan Ira Kazar telah menerima kifarah atas tindakannya menjadi penyondol rumah tangga Syamsul dan bekas madunya, Puteri Sarah Liyana.

Terkini, nama Irenee kembali menjadi buah mulut di platform TikTok selepas isteri pengarah sensasi, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail menyukai video wanita berkenaan yang mengulas mengenai kelebihan kereta jenama mewah.

Irenee Deanna

Perkara berkenaan membuatkan ramai netizen menjadi lebih teruja serta berprasangka bahawa Patimah telah memberi ‘greenlight’ atau restu hubungan Syamsul dan Irenee.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Syamsul sendiri berhubung dakwaan gosip percintaan tersebut.

Menurut Xtra, netizen sehingga kini masih meninggalkan komen di ruangan Instagram Irenee mengatakan wanita cantik berkenaan lebih sepadan dengan Syamsul berbanding Ira Kazar.

Irenee Deanna

Irenee Deanna