Ibu terkilan guru denda anak darjah 1 berjemur di panas terik gara-gara lambat ke sekolah

Ibu terkilan guru denda anak darjah 1 berjemur di panas terik gara-gara lambat ke sekolah

 

Berita kanak-kanak ‘tewas’ akibat strok haba sejak akhir-akhir ini amat merisaukan ramai ibu bapa.

Hinggakan, ada pihak memohon agar KPM mempertimbangkan supaya aktiviti kokurikulum pada waktu petang dihentikan seketika demi keselamatan pelajar di sekolah.

Dah la dipulau & berdiri jauh dari perhimpunan, ustazah tu berteduh bawah koridor

Semalam, seorang ibu di TikTok sempat mendedahkan rakaman anaknya yang baru berusia 7 tahun didenda untuk berjemur bawah panas terik jam 2 petang akibat kesalahan terlambat 10 minit sampai di sekolah.

Bukanlah mahu memanjakan, namun dia berpendapat hukuman sebegitu dilihat agak keterlaluan apalagi Malaysia sedang berdepan musim panas sejak kebelakangan ini.

@dvafella

Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM🇲🇾

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Cuaca sedang panas, risau hati tak boleh kawal nanti

Sudah berusaha melaporkan aduan kepada pihak atasan, namun @dvafella berkata ia ibarat mencurah ke daun keladi kerana tiada tindakan diambil.

Meskipun menyaksikan situasi itu dari luar pagar sekolah, ibu ini tidak masuk campur lantaran enggan mengganggu sesi perhimpunan yang sedang berlangsung pada waktu itu.

Benda berlaku dah 4-5 hari, kuasa viral, hari ni baru ada action

Belum 24 jam dimuat naik, rakaman berkenaan meraih lenih 1.5 juta tontonan daripada netizen.

Setelah hampir seminggu insiden tersebut berlaku dan sudah viral, akhirnya pagi tadi guru besar sekolah menghubungi waris pelajar untuk bersemuka.