Ibu terkilan orang luar 2 kali ‘breastfeeding’ anak tanpa izin ketika sibuk buat persiapan aqiqah

Ibu terkilan orang luar 2 kali ‘breastfeeding’ anak tanpa izin ketika sibuk buat persiapan aqiqah

 

Ramai ibu bapa sekarang begitu tegas tentang penjagaan anak kecilnya seperti melarang orang luar mencium sesuka hati atau diberi makan tanpa pengetahuan.

Hal ini bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti sebarang penyakit.

Namun, masih ada segelintir pihak yang tidak mengambil kisah walaupun tahu tentang perkara ini.

Pun begitu, pengalaman yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @afieqahhasanah, agak luar biasa apabila dia meluahkan rasa kecewa bahawa anaknya disusui orang luar tanpa keizinannya.

Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di TikTok, wanita itu begitu terkilan apabila mendapati anaknya telah disusui oleh seorang kenalan sebanyak dua kali.

@afieqahhasanah

mak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni .

♬ original sound – afieqahhasanah – afieqahhasanah

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang sibuk menyiapkan majlis aqiqah anaknya dan telah menyerahkan anaknya kepada kenalannya untuk sementara.

Dia begitu terkejut apabila mendapati kenalannya itu telah menyusukan anaknya tanpa izin.

Dakwa individu itu, anaknya tidak berhenti menangis menyebabkan dia terus menyusukan bayi tersebut.

“Saya sudah hilang kepercayaan kepada orang lain sekarang, saya begitu kecewa. Kita jaga anak kita untuk tidak dicium atau dipeluk orang lain.

“Bukan disebabkan apa tetapi risau dengar bermacam penyakit ketika ini, boleh dia tak minta izin dengan saya terlebih dahulu,” jelasnya.

Wanita itu berkata, walaupun kejadian tersebut sudah lama berlaku, ia tetap memberikan kesan mendalam dan masih trauma.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan situasi tersebut dan tidak menyangka ia berlaku dalam kehidupan masyarakat kita.

Ada juga yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama dan berasa geram dengan apa yang berlaku.

Screenshot 2023 05 11 131135

Lebih merisaukan, ia akan melibatkan hukuman agama dan perkara ini perlu diambil serius supaya tiada kekeliruan pada masa hadapan.