Identiti artis pukul isteri didedah, enggan berselfie didakwa punca

Identiti artis pukul isteri didedah, enggan berselfie didakwa punca

BIMBANG kejadian sama berulang, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Shahira terpaksa membuat laporan polis terhadap bekas suaminya iaitu Radhi OAG sebagai langkah berjaga-jaga dan faktor keselamatan.

Berkongsi mengenai insiden yang berlaku pada Selasa lalu itu, Ayu mendakwa bekas suaminya bertindak kasar terhadapnya selepas permintaan untuk bergambar secara selfie ditolak.

Dakwa wanita tersebut, Radhi secara tiba-tiba bertindak menolak badannya selepas permintaan duduk di sebelah untuk bergambar bersama tidak dilayan.

“Ya, memang betul saya buat laporan polis. Saya buat pun demi keselamatan saya, takut benda sama berulang lagi. Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes masih dalam siasatan polis.

Menerusi laporan media pada Rabu, seorang penyanyi berusia 45 tahun ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memukul bekas isteri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira 2.29 petang.

“Saya berharap sangat dia tidak mengulangi perbuatan itu. Kalau tak nak fikir diri sendiri, fikirlah anak-anak. Mereka dah besar dan faham apa yang terjadi.

“Kesian mereka kalau tahu bapanya berkelakuan seperti itu. Anak-anak pun dah bersekolah, bimbang nanti mereka malu dengan kawan-kawan,” katanya.