Idris Ahmad dibidas selepas Rasulullah SAW dihina ustaz ini

Idris Ahmad dibidas selepas Rasulullah SAW dihina ustaz ini

Ada seorang lelaki berpakaian Arab dari Kelantan berkata dengan maksud “kalau Nabi jalan ke kanan, ulama dan tok guru jalan ke kiri, lebih baik ikut ulama dan tok guru.”

Ramai pentaksub yang mempertahankan kenyataan tersebut. Kata mereka kiasan.

Hairan saya. Orang yang berkias pelik begitu mereka boleh faham, tetapi orang yang bercakap bersandarkan nas Quran dan hadith sahih dituduh mengelirukan masyarakat.

Saudara, sesuatu hujah yang mantap tak perlu kepada justifikasi tambahan. Apatah lagi orang lain pula yang bantu menjelaskannya. Itu bukan kebenaran, itu tafsiran.

Saudara, perkataan pelik dan jelek sebegitu tak perlu dipertahankan. Imam Syafie pun berkata “Jika hadith itu sahih, itulah mazhabku.”

Satu lagi, “Jika kamu menemukan dalam kitabku mana-mana pendapat yang bertentangan dengan Sunnah, ambillah Sunnah itu dan tinggalkan pendapat aku.”

Imam Syafie yang jauh lebih mulia daripada sekalian ulama dan tok guru yang ada pada hari ini tak kata pun, “ikutlah jalan aku, itu paling betul, nescaya paling selamat.” Apakah Imam Syafie tidak mampu berkias atau bermantiq seperti lelaki yang kalian puja itu?

Mereka memperlekehkan agamawan yang ada Phd. Tak mengapalah. Tak menjejaskan aqidah pun.

Cuma kalau kebencian kepada agamawan berPhd itu menyebabkan segala ilmu sahih yang keluar dari mulut ditolak mentah-mentah, maka itu adalah kesombongan. Kesombongan untuk menerima kebenaran. Ini golongan yang dilaknat.

Marilah kita ikut dan terima para agamawan yang menyampaikan ilmu dengan terang, jelas dan sahih tanpa perlu kepada mantiq dan kiasan.

Apa jadi kalau mantiq dan kiasan hanya difahami oleh sebilangan manusia tetapi tidak sebahagian besar yang lain?

Bagaimana kerja dakwah bisa dijalankan jika penyampaiannya tak mudah untuk difahami??? Hanyut dan hancur agama dan umat ini dengan ketaksuban sebegini.

Mantiq dan kiasan tak salah. Yang salah adalah manusia yang meletakkannya di tempat yang salah.

Nota: Kiasan tak sama dengan Qias!

#shmkritiksosial

-Sahul HM-

Sumber – Facebook